Sambutan Hari Kebangsaan 2026 - Perbarisan kontinjen MCMC
1 September 2026 | Aktiviti Terkini31 Ogos 2026, Isnin – Petugas NADI Putrajaya turut serta menyertai kontinjen MCMC sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69. Petugas NADI telah menyertai latihan kawad di Stadium Merdeka selama 3 hari diikuti raptai selama 4 hari serta raptai penuh untuk persediaan bersama-sama kontinjen MCMC yang lain.
Semangat menyertai perbarisan ini terus menyatukan untuk melangkah lebih jauh, menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah dan bersama-sama membina masa depan Malaysia maju dan mampan, untuk generasi seterusnya. Bukan sekadar berbaris, tetapi semangat yang dibawa bersama. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: